Wednesday, July 15, 2009

when you're stressed...write in BM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya ucapkan kepada semua.
Bertemu kita sekali lagi dalam blog atas talian kepunyaan saya. Bagaimanakah anda sampai ke sini? Ok, cukup. Tidak relevan. Pada hari ini kita akan mengupas satu isu yang begitu hangat diperkatakan sekarang iaitu; kepincangan moral anak muda masa kini. (I hate this topic!) Tetapi sebelum itu izinkan saya menceritakan serba sedikit tentang aktiviti hari minggu saya baru-baru ini. Seperti yang tuan/puan sedia maklum (tiba-tiba tulis surat rasmi), saya telah berpindah dan sebelum anda memasang niat untuk pergi menceroboh rumah lama saya pula dengan harapan bahawa tiada sesiapa tinggal di situ, sukacita ingin saya maklumkan bahawa kami tetap berulang alik ke situ pada masa lapang dan terdapat juga seorang 'jaga' yang tidak kurang handsomenya yang akan memantau pergerakan di situ. Cukuplah anda mencuri handphone (yang telah pun diganti itu). Muahahaha.
Berpindah memanglah satu aktiviti yang begitu memenatkan. Namun begitu, kami bernasib baik kerana telah menggunakan khidmat mover yang boleh mengangkat kotak baju saya yang teramat berat seorang diri tanpa bantuan sesiapa atau apa-apa. Hebat kan! Tetapi dah nama dia mover, memang sepatutnya dia mempunyai kelayakan dan kebolehan sebegitu. Setelah beberapa hari menetap di tempat baru, saya akui bahawa saya amat merindui Subang Jaya. But fret not, saya akan kembali menetap di situ tidak lama lagi. :) Tetapi itu cerita di episod akan datang.
Selain itu, saya juga begitu sibuk menguruskan Persidangan yang akan berlangsung minggu depan! Hooohh, minggu depan! Tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas! So many things to do, so little time! I swear, kadang-kadang macam tak ada orang lain yang boleh buat kerja, hanya segelintir sahaja yang akhirnya akan buat semua kerja untuk semua orang. Bukan kerana orang-orang seperti ini ditindas, but because kita tidak mahu nanti sekiranya ada cacat cela, kita juga yang perlu menjawab, walaupun itu bukan tugas kita. Macam-macam ada dalam kepala saya sekarang. Banyak benda harus diingat dan disiapkan. Alaa, beratnya tanggungjawab. Menakutkan, lebih menakutkan daripada book review yang akan saya bentangkan minggu ini. Betul. Tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, saya memang dalam awan sembilan. Susah nak rasa down apabila fikirkan ----------- yang akan berlangsung tidak lama lagi! So, I will survive!
Ini bukan cubaan untuk menjadi kelakar atau comel atau mengada-ngada seperti sesetengah orang. Ramai orang tahu sayalah orang yang paling tidak mengada-ngada dalam dunia ini. Hmm. Saya menulis begini hari ini because I FEEL LIKE IT. Malas nak jadi biasa, nak jadi luar biasa hari ini.
Jumpa lagi.

5 comments:

Haneesa said...

ahahahha.
awan sembilan!
kita orang akan crash tempat baru kamu beberapa minggu dari sekarang :)

nanti nak kita orang tolong apa-apa, sila nyatakan dan ambil nombor ;p

good luck this friday!
you can do it!

Jolie Mendes said...

kinda cute

oops did I just say that? said...

hahahah that is actually quite funny without trying!! thumbs up ala fb!

chibi said...

ish ish mane boleh selit kan bahasa inggeris dalam surat rasmi/karangan, mesti cikgu bm tolak markah nanti kan, hahahaha

Triple N said...

haha korang lah yg telah mengkelakarkan post ni. Hehe. btw memang ada tugas! but tugas takdela berat sgt...donch worry! :)